Saturday, February 9, 2013

CHINESE HISTORICAL SOCIETY OF ATTENDANCE TO SARAWAK

CHINESE HISTORICAL SOCIETY OF ATTENDANCE TO SARAWAK



Sarawak, solemnly blessed land bathed in history and cultural diversity through racial diversity to be holding to the socio-cultural community Sarawak hundreds of years.
In Sarawak every people has its own history, and this is no exception with the Chinese community of Sarawak.


In Sarawak Chinese community started coming in the second quarter of the 19th century, ie after the existence of the rule of Figure James Brooke in 1841. Figure James Brooke of Sarawak has endeavored to maintain peace by fighting piracy and rebellion in the State of Sarawak. Its success has resulted in the expansion of business activities of Chinese and English merchant in Singapore and Sarawak.
Peace in Sarawak has attracted the Chinese to come to Sarawak.

In the early stages of the Chinese who immigrated not originate from China but made up of descendants of Hakka Chinese miners who came from the Sambas, Pontianak.
They were mining for gold in the area since the 1760's.


When Dutch dominance extend in Pontianak in 1820's, the Chinese community in Pontianak was depressed by this form of the Dutch Government. When the pile of gold in Pontianak from reduced then many who moved to Bau, Sarawak in 1841. When the city of Kuching opened in 1836 by the Crown Prince, many Hokkien traders began to settle there along Malay and Bidayuh. Chinese society is indeed ever since known as the founder of the worldwide trade of course assume economic resources in Sarawak due to jointly explore.

In addition to mine gold in Bau and Marup, gambier and pepper crops for export is also a charm to their arrival in Sarawak.
Until the year 1857 it is estimated there are 4,000 Chinese community in the western part of Sarawak State. Industrial black pepper is widely only began in 1876 when Raja Brooke offers a free cruise to pepper growers from Singapore and allocate land for pepper plantations to Chinese merchants. Besides Chinese Hakka descent, in 1900 the Chinese community moved to Sarawak Foochow descent to plant peppers in Sibu, Sarikei-Pet (now Bintangor) and Serian. Rubber plantation in Sarawak was first introduced in 1881. The result became an important export Sarawak from year 1906 when rubber prices were booming.


Figure James Brooke had taken a good approach to make sure the rubber into a commodity to the country, Sarawak at that time. Rubber developed by encouraging small farmers and indigenous Chinese Foochow these crops. To this time the rubber cultivation on a large scale. And the inclusion of more and more Chinese people after that. Statistics on the number of immigrants increased in Sarawak is apparent, in 1908 estimated that there are 45,000 people in the State of Sarawak.

However in 1960 we became 229.154 people or 32 percent of the population of Sarawak.

Rapid increase occurred between 1939 to 1960.
Therefore, there is clear economic factors provide the impetus coming Chinese society. Even the Brooke family policy that provides various facilities such as land ownership, financial assistance, and cruise fares are boosting their arrival. The second Rajah personally encourage the Chinese community came to Sarawak Foochow descent.


Whatever the history of the Chinese community of Sarawak but after centuries of living together we the people of Sarawak, Sarawak Chinese community is the people of Sarawak jointly develop Sarawak into a unique and superior state in Malaysia. Culture and heritage of Sarawak Chinese community still we will keep.

Racial tolerance and religious tolerance in Sarawak has long existed and let's not easy being a Sarawakian complacent and allow the union that we have for this deck disintegrate because of their political affiliation and religion are narrow.





SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT CINA KE SARAWAK

Sarawak, sesungguh negeri yang bertuah kerana dilimpahi dengan sejarah dan kepelbagaian budaya melalui kepelbagaian kaum yang menjadi pegangan kepada sosio budaya masyarakat Sarawak beratus tahun lamanya. Di Sarawak setiap kaumnya mempunyai sejarah yang tersendiri dan ini tidak terkecuali dengan masyarakat Cina Sarawak.

Di negeri Sarawak kedatangan masyarakat Cina bermula pada suku kedua abad ke-19 iaitu setelah wujudnya pemerintahan Rajah James Brooke pada tahun 1841. Rajah James Brooke yang telah berusaha mengekalkan keamanan Sarawak dengan memerangi kegiatan lanun serta pemberontakan tempatan di sekitar perairan Sarawak. Kejayaannya telah menyebabkan berkembangnya aktiviti pemiagaan saudagar Inggeris dan Cina di Singapura dan Sarawak. Keamanan yang wujud di Sarawak telah menarik minat masyarakat Cina untuk datang ke Sarawak.
Pada peringkat awal masyarakat Cina yang berhijrah bukanlah berasal dari negeri China tetapi terdiri daripada pelombong masyarakat Cina berketurunan Hakka yang datang dari kawasan Sambas, Pontianak. Mereka telah melombong emas di kawasan tersebut sejak tahun 1760-an lagi.


Apabila Belanda meluaskan kekuasaan di Pontianak pada tahun 1820-an, masyarakat Cina di Pontianak telah tertekan dengan bentuk pemerintahan Kerajaan Belanda. Apabila longgokan emas di Pontianak mulai berkurangan maka ramailah yang berpindah ke Bau, Sarawak dalam tahun 1841. Apabila bandar Kuching dibuka pada tahun 1836 oleh Pangeran Mahkota, banyak peniaga Hokkien mulai menetap di situ bersama-sama orang Melayu dan Bidayuh. Masyarakat Cina sememangnya sejak azali lagi terkenal sebagai pelopor kepada perdagangan di seluruh dunia sudah tentu menganggap sumber ekonomi di Sarawak wajar untuk sama-sama diterokai. Selain melombong emas di Bau dan Marup, tanaman gambir dan lada untuk tujuan eksport juga menjadi daya penarik kepada kedatangan mereka ke Sarawak. Sehingga tahun 1857 adalah dianggarkan terdapat sebanyak 4,000 masyarakat Cina di bahagian barat Negara Sarawak. Perusahaan tanaman lada hitam secara meluas hanya bermula pada tahun 1876 apabila Raja Brooke menawarkan pelayaran percuma kepada penanam lada dari Singapura dan memperuntukkan tanah bagi ladang lada hitam kepada saudagar Cina. Selain masyarakat Cina berketurunan Hakka, pada tahun 1900 ramai masyarakat Cina berketurunan Foochow berpindah ke Sarawak untuk menanam lada di Sibu, Sarikei-Binatang (sekarang Bintangor) dan Serian. Tanaman getah mula diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1881. Hasilnya menjadi eksport penting Sarawak mulai tahun 1906 apabila harga getah melambung naik.

Rajah James Brooke telah mengambil pendekatan yang baik untuk memastikan getah menjadi komoditi utama bagi negara Sarawak pada ketika itu. Getah dimajukan dengan cara menggalakkan pekebun kecil bumiputera dan masyarakat Cina Foochow menanam tanaman ini. Disinilah bermulanya penanaman getah secara besar-besaran. Dan kemasukan masyarakat Cina semakin ramai selepas itu. Perangkaan tentang bilangan imigran yang meningkat di Sarawak adalah jelas, pada tahun 1908 dianggarkan terdapat 45,000 orang di Negara Sarawak.

Walau bagaimanapun pada tahun 1960 jumlahnya menjadi 229,154 orang atau 32 peratus dari jumlah penduduk Sarawak.
Pertambahan pesat berlaku di antara tahun 1939 hingga 1960. Dengan itu adalah jelas faktor ekonomi menjadi pendorong kedatangan masyarakat Cina. Malahan dasar keluarga Brooke yang memberikan pelbagai kemudahan seperti pemilikan tanah, bantuan kewangan, dan tambang pelayaran telah memesatkan lagi kedatangan mereka. Raja Brooke kedua pula secara peribadi menggalakkan masyarakat Cina berketurunan Foochow datang ke Sarawak.


Biar apapun sejarah masyarakat Cina Sarawak namun setelah berabad kita rakyat Sarawak hidup bersama, masyarakat Cina Sarawak adalah rakyat Sarawak yang bersama-sama membangunkan Sarawak menjadi negeri yang unik dan unggul di dalam Malaysia. Kebudayaan dan warisan masyarakat Cina Sarawak tetap kita akan pelihara. Toleransi kaum dan toleransi agama di Sarawak telah lama wujud dan jangan kita sebagai rakyat Sarawak mudah melatah dan leka serta membenarkan kesatuan yang kita ada selama ini terlerai dek kerana fahaman politik dan agama yang sempit.


Musium Sejarah Cina


出席砂拉越华人历史学会
沙捞越州,郑重举行的社会文化社会砂拉越数百年的种族多样性沐浴在历史和文化的多样性,通过福地。在砂拉越每个人都有自己的历史,这是沙捞越州与中国社会也不例外。
在砂拉越,中国社会开始出现在19世纪的第二季度,即图詹姆斯·布鲁克在1841年后存在的规则。图沙捞越州的詹姆斯·布鲁克一直在努力维护和平,打击盗版和沙捞越州的叛乱。它的成功导致中国和英国商人在新加坡,沙捞越的商业活动的扩张。在砂拉越吸引了中国的和平来砂拉越。在早期阶段的中国移民来自中国,但由客家华人矿工从桑巴斯,坤甸的后裔。他们是1760年代以来在该地区开采的黄金。
当在坤甸市在1820年的荷兰优势扩大,中国社会在坤甸荷兰政府通过这种形式很郁闷。当桩在坤甸市的金减少了那么多,谁动了巴乌,砂拉越在1841年。当古晋市于1836年开业,由王储,许多福建商人开始在那里定居,沿马来人及比达友。自从被称为全球贸易的创始人当然,中国社会的确是假设在沙捞越的经济资源,共同探讨。在除了开采金矿于宝德Marup,甘比尔和胡椒出口作物也是他们的到来在沙捞越的魅力。直到1857年,估计有4000多名中国社会在沙捞越州的西部。工业黑胡椒才开始被广泛拉贾布鲁克在1876年时新加坡和中国商人的辣椒种植园划拨土地辣椒种植者提供了一个自由游弋。除了中国客家后裔,1900年中国社会转移到砂拉越福州血统种植辣椒在诗巫,泗里街 - 宠物(现在Bintangor)和西连。在砂拉越的橡胶种植园于1881年首次推出。结果成了一个重要的出口砂拉越橡胶价格从1906年蓬勃发展。
詹姆斯·布鲁克图,以确保橡胶转化为商品的国家,沙捞越当时的一个好方法。橡胶开发鼓励小农和中国本土福州这些作物。到了这个时候,大规模的橡胶种植。之后,越来越多的中国人列入。在沙捞越州的移民增加的数量统计是显而易见的,在1908年估计有45000人在沙捞越州的。然而,在1960年,我们成为沙捞越州的人口229.154人或32%。快速的增长发生在1939年至1960年。因此,有明确的经济提供动力,未来中国社会的因素。即使是布鲁克的家庭政策,提供各种设施,如土地所有权,财政援助和航费提高他们的到来。第二个王爷亲自来到砂拉越福州血统鼓励中国社会。
无论历史的沙捞越,但经过几百年生活在一起,我们的砂拉越人民的中国社会,沙捞越中国社会是砂拉越人民联合开发沙捞越马来西亚成为一个独特和优越的状态。沙捞越华人社区的文化和遗产,我们仍然会保持。在沙捞越州的种族宽容和宗教宽容的长期存在,让我们不容易,是一个砂劳越melatah和自满,使我们的工会,这甲板瓦解,因为他们的政治派别和宗教很窄。
甲骨文♥婆罗洲沙捞越的多种族


Borneo Oracle ♥ Sarawak’s Multi-races

No comments:

Post a Comment