Tuesday, January 12, 2016

FOREIGNERS IN SABAH - FROM SULAWESI AND THE PHILIPPINES



FOREIGNERS IN SABAH - FROM SULAWESI AND THE PHILIPPINES 

WARGA ASING DI SABAH- DARI  SULAWESI  DAN PILIPINA

Persentase  Warga Asing di Sabah telah meningkat paling mendadak dari 7.1% pada tahun 1960 ke 27.8% pada tahun 2010.


Sabah kaya dengan berbilang kaum dan budaya, dengan 32 bangsa utama yang dikenalpasti secara rasmi di Negeri Di Bawah Bayu ini.
1). Bangsa Kadazan Dusun kaum terbesar di Sabah;
2). bangsa Bajau, 

3). Cina, 
4). Melayu dan 
5). Murut. 

Data statistik populasi Sabah untuk tahun 1960 dan statistik populasi Sabah tahun 2010 ( Dalam waktu  50 tahun).






Bangsa Kadazan Dusun ialah bangsa terbesar di Sabah. Namun begitu, dalam masa 50 tahun (antara 1960 dan 2010) peratusan bangsa Kadazan Dusun di kalangan penduduk Sabah telah jatuh dari 31.9% pada 1960 ke 17.7% pada 2010.

Bangsa Cina juga telah mengalami kejatuhan besar dalam peratusan penduduk di Sabah dari 23.1% pada 1960 ke 9.2% pada 2010. Bangsa Murut juga mengalami kejatuhan peratusan dari 4.9% (1960) ke 3.2% (2010).

Bangsa Bajau mengalami peningkatan dalam peratusan penduduk di Sabah (dari 13.2% ke 14%) untuk tempoh yang sama. Begitu juga bangsa Melayu mengalami peningkatan dari 0.4% ke 5.8%. Demikian juga Bumiputera Lain yang merupakan 17% pada tahun 1960 menjadi 20.6% penduduk Sabah pada 2010.

Peratusan Warga Asing di Sabah telah meningkat paling mendadak dari 7.1% pada tahun 1960 ke 27.8% pada tahun 2010. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk carta dan rajah Taburan Penduduk Sabah 1960 dan 2010 di bawah.

(Statistik 1960 telah dirumus dari dua sumber iaitu British North Borneo (1961) dan Annual Bulletin of Statistics, Sabah, 1965. Statistik 2010 pula diambil dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia)

@ http://domba2domba.blogspot.co.id/2012/12/tahukah-anda-populasi-sabah-mengikut.html

No comments:

Post a Comment